Thursday, 1 November 2012

Masa untuk Bekerja

JAm 10:41, 2 November 2012, Jumaat....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah aku kembali bekerja setelah bersusah payah untuk mendapat tempat di tempat kerja lama aku. Kesian jugak kepada kawan-kawan aku yang mohon kerja terlebih dahulu, tapi tak dipilih, hurmmm...

Apa-apa pun, aku kena tempuh dengan hati yang tabah sebab ada 'seseorang' yang aku cuba elak untuk berjumpa, tapi sebab aku bekerja di situ, aku terpaksa... Shhh rahsia.. Walaubagaimanapun, aku bakal bekerja tunggang langgang dan tak tentu masa. Tengok je, tadi aku contact akak senior aku, dia kata hari ni bos au kata aku kerja shif petang, pastu esok aku kerja shif pagi lak, so memang huru hara sikit, mungkin esok aku ot, siapa tahu kan? pasrah je lah.... NAma pun kerja bershif, memang macam ni lah nasibnya.


Saja je aku bubuh gambaq aku kat Sarawak memandangkan aku tak sempat nak bercerita pasal percutian aku sangat...

Apa-apa pun memang best giler bercuti kat Sarawak ni sebab tempatnya tenang dan menarik serta unik bagi kita umat manusia yang duduk kat Semeanjung... 

Hah, sebelum aku terlupa, selepas aku pulang dari Sarawak, aku memang puas berjumpa dengna kawan-kawan aku yang aku sayangi... Angah je yang aku tak jumpa-jumpa lagi. Aku nak je jumpa dia untuk 'clear' kan keadaan yang membelenggu antara aku dan dia, tapi dia asyik-asyik mengelak aje, aku pun dah naik malas nak jumpa dia. Plus, aku pun bahagia hidup dengan Kasih sayang famili aku dan kawan2 aku yang memahami aku..... :)


Beberapa hari lepas, aku lepak ngan ungku dan kami banyak sangat bercerita perihal kisah hidup masing-masing lepas SPM haritu yang mana masing-masing busy semacam!

Tambahan lagi, aku happy sangat, Allah telah memurahkan rezeki emak ku dan adik aku serta diri aku sendiri kerana mengurniakan kami sebijik 'gadget' baru.... Terima kasih emak! Tak sangka pulak emak boleh bagik kami 'loan' untuk kami lebih bertanggungjawab terhadap diri kami!!!! :) 

Angah pun dah macam endah tak endah, so aku pun endah tak endah dengan dia... Aku nak beritahu dia, tapi aku takut dia sakit hati lak. Tu yang aku malas ni! Pada hari Jumaat yang mulia ni, aku nak maafkan semua orang dan aku harap semua orang pun maafkan atas kesalahan-kesalahan aku selama ini... :)


saja je share gambaq ni sebab inilah matlamat aku dalam jangka masa pendek ni!!! aku suka sangat phone ni. Sebab utamanya ialah 'TAHAN LASAK' !!!! i like!

baiklah, sampai sini dulu, aku pun dah melalut lalut ni bercerita dan agak berterabur aku rasa sebab aku cerita je apa yang aku terfikir tika ini... pergh ayat tak boleh blah kan! 

Sampai jumpa lagi...

yang hensem,
PeQaHEnsem.



No comments:

Post a Comment