Monday 26 November 2012

Bila Satu Perkataan Menjadi Punca Segalanya...

Jam 14:55, 27 November 2012, Selasa...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, aku masih lagi hidup di dunia ini walauun tiba-tiba aku diburu rasa bersalah yang amat sangat saat ini.. Tiada siapa yang dapat mendengarku selain Allah... Ayat aku kali ni agak sedih kerana 'ADA BATU API' yang telah menjadi puncanya!

Ok, back to our story, sebenarnya  'queen' terasa dengan ayat aku yang berbunyi "KALAU MAKAN HATI SANGAT, SILA BERAMBUS DARI SITU!".... aku tak point pun pada sesiapa kecuali my senior at my workplace... Nak dipermudahkan cerita, komen aku yang sebegitu di laman sosial MUKABUKU telah menyebabkan ORANG terasa... Anak queen ni pun komen semula, tapi komen MEMBUNUH.... Pastu dengan segera queen masuk ke pejabat, memanggil senior aku dan macam biasalah, kena bebel sampai lebam!

Apa pun tak boleh. Perlu ke nak terasa kalau TIDAK BERSALAH??? Pastu mulalah sesi UNGKIT MENGUNGKIT di atas segala pertolongan yang telah diberikan kat aku n my senior selama ni.... Apa punya jenis orang macam ni pun ada ke? Pelik pelik.... Aku pun tak nak memanjangkan cerita, teruslah MEMOHON MAAF atas keterlanjuran yang telah aku lakukan tu kat dia... Hey! Be profesional boleh tak? Kau tu kerja dalam sektor perniagaan, takkan benda2 remeh temeh ni nak take it serious? And the most important is, DON'T INVOLVE your personal problems into the business!

Natijahnya, queen kata dia tak respect kat aku, kecik hati dan sewaktu dengannya! Ada aku kesah? Aku tak point yang nak terasa sangat apa pasai??? huhu, Sebenarnya aku rasa kelakar sangat dengan apa yang terjadik... kadang2 orang dewasa boleh jadik kebudak-budakan dengan sekelip mata... Aku berdoa agar aku tak jadik begitu kelak! Aku nak jadi profesional macam citer 'HOW DOES SHE DO IT".... walaupun dia ada masalah kat rumah, tapi dia bersikap profesional dalam pekerjaannya.... hehehehe

Lagi satu hal, tadi pagi aku dikejutkan dengan SMS daripada orang yang aku kenal, sudah semestinya, tapi memarahi aku tak tentu fasal.(wah skema nya)... Aku pun tak faham apa masalah dia sampai nak cakap aku macam tu.. Apa jahat dan zalim sangat ke aku ni? Apa yang nak dikecewakan? Pelik pelik lah orang zaman sekarang ni. Plus, yang sik 'orang dewasa' pun nak marah tak tentu pasai pahal lak? Aku anggap dia budak2 lagi sebab tu aku tak panas pun, aku cuma fikir,apa salah aku sampai jadik macam ni... hurmmm

Baiklah, aku nak gerak dulu, maaflah post kali ni berkenaan dengan hidup aku yang sedang selibut macam sabut..

Wassalam..

yang hensem,
PeQaHensem.


Thursday 15 November 2012

Cerita pasal haritu...

jam 13:51, 16 november 2012, Jumaat...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cerita pasal si dia yang aku ni jadik 'DREBAR' dia seharian...
So, sepanjang perjalanan dan sepanjang hari dan sedikit malam tu, macam biasa dia bercerita mengenai 'PUJAAN HATINYA' yang membuatkan aku terdiam tak tahu nak cakap apa lagi lah pasai budak ini... Aku pasrahkan ajelah telinga aku ni...

Dia masih lagi dalam keadaan yang keliru dengan diri sendiri dan masih lagi tak tegas dengan pilihan dia dan masih berharap kepada orang lain... haishhhh tak berubah-ubah... Paling aku rasa 'MENJENGKELKAN' ialah, sikit sikit 'PUJAAN HATI' dia aje kata yang PAHAM dia, yang BETUL, yang SEGALA-GALANYA lah... gile kemaruk budak ni.. Ada aku kesah, yang penting dia bahagia dengan hidup dia...

Lepas dari hari tu, sikit pun tak contact aku. Apa seyh masalah dia tu... Aku siap dah gi kluang and dah balik semula pun apa dia tahu? Dia cuma sibuk manjang ngan 'PUJAAN HATI' dia tu... Lantak kau lah...

Apa-apa pun aku agak kekeliruan sedikit dengan keadaan dan situasi antara aku dengan ANGAH.... Dia sibuk sangat mengalahkan perdana menteri sampai tak ada masa nak tanya khabar aku.. bukan aku tak mau approach dia, tapi dia pun tak approach aku.. Kesok je hati ni...

Mungkin malam ni aku akan keluar dengan sik W dan sik R bersama (mungkin) sik F.... huhuhu.. nak ajak geng lain semua tak respon dan sibuk dengan KEKASIH HATI masing2, malas aku nak layan...

Walaubagaimanapun, aku  rasa sekarang ni MUSIM KECEWA kot? Sebab member member aku semua sedang bermasalah dengan KEKASIH HATI mereka, termasuklah aku...

aku dalam keadaan nak cepat ni, n anti aku sambung citer2 lain lagi k?

Wassalam..

yang benar,
PeQaHensem.

Sunday 11 November 2012

Hangout day...

Jam 10:13, 12 November 2012, Isnin...

Assalamualaikum...

Dah sepuluh hari aku tak bukak aku punya blog ni dek kerana aku kerja kan? Biasalah...

Walaubagaimanapun, aku dah berhenti dek kerana ada satu peristiwa yang membuatkan diri aku ni tersedar daripada sesuatu yang aku sebenarnya dah lama 'TERKENA'.... Aku berhenti mendadak kerana...

1. Aku menyampah giler tengok muka 'SUPERVISOR' aku tu.
2. Mereka makan gaji buta.
3. Aku dibuli.
4. Aku sakit hati.
5. Bos yang tak endahkan pendapat dan aduan pekerjanya.
6. Semua macam bajet bagus.
7. Ada budak baru, (nanti aku kena ajar lak).
8. Mood aku spoiled sejak satu peristiwa di mana aku tidak diendahkan oleh sekalian pekerja yang lain ketika aku sedang menghadapi masalah.
9. Nak kena bergaduh dengan customer 'PENYANGAK' pasal DIESEL.
10. Aku just nak berhenti.

Di atas merupakan 10 sebab aku nak berhenti kerja. Aku sudah pun memaklumkan kepada BOS aku mengenai hal ini. Aku juga sudah menceritakannya kepada kawan2 aku dan jugak orang yang terpenting iaitu emak aku mengenai hal ini. Tambahan pula mak aku cakap, kalau dia tak bayar gaji ko pun tak apa. So aku pun no hal je lah... hahahahahaha

Baiklah, hari ni aku nak cerita mengenai hangout day aku ngan 2 ekor member yang menggila iaitu sik W dan sik R... hahahahahaha, memang huru hara sikit, tapi aku layan je. Aku ok je... Seronok dapat hang ngan diorang walaupun just bertiga.

Hari ni pulak aku kena jadik 'MAT DESPATCH' kepada mak aku dan 'DRIVER' kepada sik dia ni. aku nak tengok je macam mana perangai dia yang 'RINDUKAN' aku sangat kononnya tu. Marilah kita lihat ye nanti?



yang benar,
PeQaHensem.




Thursday 1 November 2012

Layan Lagu-lagu ni Kejap...

Jam 11:00, 2 November 2012, Jumaat..

Assalamualaikum...

the day you went away-M2M

Show me the meaning of being a lonely- backstreetboys

Last night on earth-Greenday

Gunslinger-Avenged sevenfold

enjoy the song....

yang hensem,
PeQaHensem.

Masa untuk Bekerja

JAm 10:41, 2 November 2012, Jumaat....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah aku kembali bekerja setelah bersusah payah untuk mendapat tempat di tempat kerja lama aku. Kesian jugak kepada kawan-kawan aku yang mohon kerja terlebih dahulu, tapi tak dipilih, hurmmm...

Apa-apa pun, aku kena tempuh dengan hati yang tabah sebab ada 'seseorang' yang aku cuba elak untuk berjumpa, tapi sebab aku bekerja di situ, aku terpaksa... Shhh rahsia.. Walaubagaimanapun, aku bakal bekerja tunggang langgang dan tak tentu masa. Tengok je, tadi aku contact akak senior aku, dia kata hari ni bos au kata aku kerja shif petang, pastu esok aku kerja shif pagi lak, so memang huru hara sikit, mungkin esok aku ot, siapa tahu kan? pasrah je lah.... NAma pun kerja bershif, memang macam ni lah nasibnya.


Saja je aku bubuh gambaq aku kat Sarawak memandangkan aku tak sempat nak bercerita pasal percutian aku sangat...

Apa-apa pun memang best giler bercuti kat Sarawak ni sebab tempatnya tenang dan menarik serta unik bagi kita umat manusia yang duduk kat Semeanjung... 

Hah, sebelum aku terlupa, selepas aku pulang dari Sarawak, aku memang puas berjumpa dengna kawan-kawan aku yang aku sayangi... Angah je yang aku tak jumpa-jumpa lagi. Aku nak je jumpa dia untuk 'clear' kan keadaan yang membelenggu antara aku dan dia, tapi dia asyik-asyik mengelak aje, aku pun dah naik malas nak jumpa dia. Plus, aku pun bahagia hidup dengan Kasih sayang famili aku dan kawan2 aku yang memahami aku..... :)


Beberapa hari lepas, aku lepak ngan ungku dan kami banyak sangat bercerita perihal kisah hidup masing-masing lepas SPM haritu yang mana masing-masing busy semacam!

Tambahan lagi, aku happy sangat, Allah telah memurahkan rezeki emak ku dan adik aku serta diri aku sendiri kerana mengurniakan kami sebijik 'gadget' baru.... Terima kasih emak! Tak sangka pulak emak boleh bagik kami 'loan' untuk kami lebih bertanggungjawab terhadap diri kami!!!! :) 

Angah pun dah macam endah tak endah, so aku pun endah tak endah dengan dia... Aku nak beritahu dia, tapi aku takut dia sakit hati lak. Tu yang aku malas ni! Pada hari Jumaat yang mulia ni, aku nak maafkan semua orang dan aku harap semua orang pun maafkan atas kesalahan-kesalahan aku selama ini... :)


saja je share gambaq ni sebab inilah matlamat aku dalam jangka masa pendek ni!!! aku suka sangat phone ni. Sebab utamanya ialah 'TAHAN LASAK' !!!! i like!

baiklah, sampai sini dulu, aku pun dah melalut lalut ni bercerita dan agak berterabur aku rasa sebab aku cerita je apa yang aku terfikir tika ini... pergh ayat tak boleh blah kan! 

Sampai jumpa lagi...

yang hensem,
PeQaHEnsem.



Saturday 27 October 2012

Apa apa saja...

Jam 16:33, 27 Oktober 2012, Sabtu

Assalamualaikum...

Sesungguhnya memang bosan giler pada hari ni dan beberapa hari lepas aku pulang dari Sarawak bersama dengan famili aku. Apa taknya, aku nak kuar pun terbantut dek kerana duit aku belum masuk masuk lagi sampai la ni... Sedih dan rasa macam panas hati pun ada jugak sebab sepatutnya kiteorang semua dah dapat duit tu sebelum kiteorang cuti lagi! memang sejuk je ati aku ni!

Walaubagaimanapun, semalam Angah telah manyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20 dan pada tarikh itu jugak merupakan hari raya Aidiladha. Baru aku rasa tahun ni raya korban yang paling tak seronok kerana nenek tak ada kat rumah, emak pun tak ada dan kami hanya makan megi. Pergh sedih...

Semalam jugak aku tak celebrate pun birthday angah sebab dia pun sibuk bekerja lah nak dikatakan. Dalam otak dia sekarang ni duit je! Itulah yang dia dok sebut bila tepon ngan aku. Aku pun dah malas nak ambik port! Semalam aku kuar ngan member lama aku, iaitu Azwannazmi. Dia ni dak sarawak.. Kepala giler dan boleh layan kepala giler aku jugak! hahahahaha memang klaka...

Apa-apa pun aku malas nak ulas lebih2 pasal mamat ni, yang penting aku enjoy jugak day aku mencari video tape dengan dia walaupun kejap je, hahahah Member girl aku semua busy, bosan lah weyh duk umah terperap je, nak kuar pun takkan sorang2 pulak, dah macam orang tak betul lak aku rasa. Aku teringin nak karok ni, tapi tak ada geng... hurmmmm

Korang rasa apa yang patut aku buat ek? Nak keje, budak kechik ni ada, susah lah weyh... hurmmmmm

nah ni lagu layan kan perasaan aku ni sikit... banyak maksud tersirat....
selamat mendengar.. :)
k ar gerak dulu, daaaaa

yang benar,
PeQaHensem.

Wednesday 17 October 2012

Hati...

Jam 17:33, 17 Oktober 2012, Rabu..

Assalamualaikum...

Aku nak share pasal HATI.  Hati ialah salah satu organ yang ada kat dalam badan kita. Namun, jika seseorang itu sakit hati, kita sukar untuk melihatnya kerana hati berada dalam tubuh badan kita yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Maksud aku kena pakai mesin yang spesial untuk tengok hati yang duk kat dalam badan kita ni.

Ceritanya ialah, dari malam tadi aku rasa macam ada sesuatu terjadi  kat hati aku.  Aku macam rasa hati belah kiri aku hilang dan sedikit sakit. Aku tak tahu pulak kenapa, pastu dah rasa yang sedemikian, tiba-tiba aku mengalirkan air mata. Bertambahlah aku pelik dan aku pun tak tahu apa puncanya. Sampai sekarang aku rasa sedemikian.

Walaubagaimanapun, aku telah contact 'orang yang dah ambil sebelah hati' aku ni untuk bertanyakan keadaannya. Adakah dia ok? Adakah dia mempunyai sesuatu untuk diperkatakan? Ada sesuatu yang buat dia sakit ke? Maka, aku sedang menanti jawapannya kerana dia berkata untuk cerita kemudian dan aku pun tidak pasti bila. Hurmmm..

Agak seksa rupanya berkongsi hati dengan orang ni kan? Tapi aku layankan aje.

Baiklah, aku tinggal lagi satu paper sebelum aku berambus dari tempat ni. Tapi, aku belum baca apa-apa lagi untuk final ni, dan itu agak merisaukan! hahahahaha Aku harap aku dapat buat yang terbaik esok!!

Cukuplah di sini dulu mengenai hati.. Nanti share benda lain pulak...

yang berkongsi hati,
PeQaHensem.