Wednesday, 17 October 2012

Hati...

Jam 17:33, 17 Oktober 2012, Rabu..

Assalamualaikum...

Aku nak share pasal HATI.  Hati ialah salah satu organ yang ada kat dalam badan kita. Namun, jika seseorang itu sakit hati, kita sukar untuk melihatnya kerana hati berada dalam tubuh badan kita yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Maksud aku kena pakai mesin yang spesial untuk tengok hati yang duk kat dalam badan kita ni.

Ceritanya ialah, dari malam tadi aku rasa macam ada sesuatu terjadi  kat hati aku.  Aku macam rasa hati belah kiri aku hilang dan sedikit sakit. Aku tak tahu pulak kenapa, pastu dah rasa yang sedemikian, tiba-tiba aku mengalirkan air mata. Bertambahlah aku pelik dan aku pun tak tahu apa puncanya. Sampai sekarang aku rasa sedemikian.

Walaubagaimanapun, aku telah contact 'orang yang dah ambil sebelah hati' aku ni untuk bertanyakan keadaannya. Adakah dia ok? Adakah dia mempunyai sesuatu untuk diperkatakan? Ada sesuatu yang buat dia sakit ke? Maka, aku sedang menanti jawapannya kerana dia berkata untuk cerita kemudian dan aku pun tidak pasti bila. Hurmmm..

Agak seksa rupanya berkongsi hati dengan orang ni kan? Tapi aku layankan aje.

Baiklah, aku tinggal lagi satu paper sebelum aku berambus dari tempat ni. Tapi, aku belum baca apa-apa lagi untuk final ni, dan itu agak merisaukan! hahahahaha Aku harap aku dapat buat yang terbaik esok!!

Cukuplah di sini dulu mengenai hati.. Nanti share benda lain pulak...

yang berkongsi hati,
PeQaHensem.

No comments:

Post a Comment