Sunday, 30 September 2012

Maaf itu Indah...

Jam 23:59, 1 ktober 2012, Isnin..

Assalamualaikum...

Sejak dari haritu aku perasan bahawa diri aku tak seceria dulu dan sentiasa ada gelisah di hati aku ni walaupun emka dan adik2 aku cuba memberikan kegembiraan kepada diri aku. Memang aku happy tapi tanpa dia aku rasa lain. Aku rasa lost sangat. Kenapa ye?

Bila aku dengar lagu 'Nabilah-Tuesday Slip' tadi aku jadik rindu sangat sangat kat dia. Mulalah kat otak aku ni ingan kenangan kenangan indah dengan dia. Aku tak sangka aku harus hadapi saat sedih di kala aku nak menduduki final aku. Dia kata dia kecik hati dengan aku. Aku baru realise semua tu. Kenapa baru sekarang? Kenapa? Aku rasa prssure sangat. Dia sikit pun tak ambil kisah lagi dah... Sedihnya.. Terpukul.


Sungguh ku sesali
Nyata cintamu kasih
Tak sempat terbaca hatiku
Malah terabai olehku

Lelah ku sembunyi
Tutupi maksud hati
Yang justru hidup karenamu
Dan bisa mati tanpamu
Andai saja aku masih punya
Kesempatan kedua
Pasti akan ku hapuskan lukamu
Menjagamu, memberimu segenap cinta

Ku sadari tak selayaknya
Selalu penuh kecewa
Kau lebih pantas bahagia
Bahagia karena cintaku

Kau bawa bersamamu
Sebelah hatiku separuh jiwaku
Yang mampu sempurnakan aku

Tiada lagi ucapan 'GOOD LUCK' atau apa-apa kata semangat daripadanya. Di tambah pula dengan famili dia yang dalam kesulitan memang tidak memungkinkan lahi untuk kami seperti terpisah sangat sangat. Mungkin di depan mak dia boleh berlakon semuanya ok. Tapi aku tahu, dia tidak begitu. Melainkan ada yang membuatkan dia bahagia. Dia pun dah macam tak kisah pasal aku. Aku rasa inilah masa untuk aku mendiamkan diri buat sementara waktu. Ada jodoh kami, ada lah. Korang semua mesti tak faham jalan cerita, tapi bagi diri ini yang mengalami, sangat kusut, tak terurus, dan serabut memanjang.. Perangai aku pun jadik kelam kelibut macam apa entah. Aku pun tak tahu macam mana nak mengekspresikannya. Hanya tangisan dalam sepi yang mampu aku buat.

Di saat ini, aku dapat rasakan FOREVER ALONE...

Aku sangat sangat berharap aku dapat menjawab final aku dengan baik dan perkara ini takkan menjejaskannya. Aku tak nak lah benda yang remeh temeh menjadik komplikasi yang sangat kompleks untuk di selesaikan.

Dilema...

yang tertekan,
PeQaHensem.


Wednesday, 26 September 2012

New Hair, New Spirit!

Jam 22:25, 26 September 2012, Rabu...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni aku ada rasa happy sikit sebab dah potong dan nipiskan rambut aku. Aku rasa bebas. Aku rasa ringan. Walaubagaimanapun, aku masih rasa macam ada yang tak kena. Yep, aku ada PERANG DINGIN dengan Angah.. Sampai sekarang, masing-masing pun belum nak bertegur lagi. Aku tunjuk EGO aku, dia pun tunjuk EGO dia jugak.. Sadis. Namun, penasihat aku kata, lebih baik aku pikir pasal PELAJARAN dan FOKUS untuk FINAL EXAMINATION for the fourth semester. Aku pun dah nak habis belajar ni, so aku kena show off sikit. Aku nak BUKTIKAN kat EMAK, ANGAH DAN ADIK2 AKU bahawa aku ni bukan main2 n leka kat KL nun, aku datang sana untuk belajar..

Dalam masa yang sama, aku agak excited nak belajar MAIN GITAR! Aku ada intention nak belik gitar, dan kali ni aku rasa nak kumpul duit sendiri untuk belik benda tu! Mak ada beri aku pilihan sama ada BELIK PHONE BARU ATAU KASUT ATAU WHATEVER THAT I WANT. Tak banyak, tapi aku akan manfaatkannya semaksimum yang boleh agar aku dapat manfaat yang berpanjangan... Aku pun dah tak dapat nak fikir nak belik apa.. Hahahahaha Tu lah ada orang kata, time TAK ADA duit sibuk nak itu ini, tapi bila dah ADA, sampai tak boleh nak pikir. Dahsyat betul!

Aku rasa post kali ni tak ada apa yang menarik sebab aku just buang masa aje. Nak study, tak start start lagi, AISEH, bak kata Bro Raja. Hahaha... Dia kata dia rock, tapi 'shy shy kucng' hahahahaha. Beberapa hari lepas aku hang out dengan my beloved friend, Anis. Dah matured ni seronok sikit nak bebual, dia faham aku punya perasaan, aku faham dia punya perasaan. Itulah yang terbaik... Tak macam orang yang aku ANGGAP KAWAN BAIK atau SAHABAT YANG MEMAHAMI, namun, HAMPEH!! Apa pun tak boleh. Jap, jap, jap, aku masuk gambar member aku yang kiut miut ni...

Ni aku dan dia.. Untunglah orang lawa... Huhuhuhuh.. Namun, dia not available ok, sebab dia dah berpunya! ngehngehngeh.. Budak ni satu kepala dengan itu, tu yang aku like! Harap persahabatan aku selamanya dengan dia. Aku HARAP SANGAT macam tu lah henadaknya...

K lah, aku nak take a rest..

yang hensem,
PeQaHensem.

Saturday, 22 September 2012

Aku dan Dia...

Jam 11:02.. 22 September 2012, Ahad..

Assalamualaikum...

Kenapalah blog ini harus dihiasi dengan cerita cerita agak mengecewakan aku ek? Aku ingin sekali cerita benda benda indah, namun, dikala sedih aku rasa menaip cerita cerita begini dapat melepaskan sedikit yang menjadi kekusutan di hati aku kot? hahahahahaha
 Pergh jiwangnya aku ni?! Apahal bro? Ada masalah ke? So hari ni aku nak cerita pasal aku dan dia (Angah). Sejak aku mencoretkan kisah kisah ku, belum pernah lagi aku bercerita pasal CINTA HATI aku yang HANYA SEORANG SAHAJA ni...

well, this is him (Angah) that I always talk about.. Dia ni BAIK, PENYAYANG, KUAT CEMBURU dan KUAT ANGIN. Namun, bila dia dengan aku, dia tak reti sangat nak mengangin walaupun aku buat salah teruk2 kat dia! Aku Sayang sangat kat dia walaupun kadang2 dia ingat aku ni ada yang lain, ataupun aku ni curang atau sewaktu dengannya. Aku pernah bagi statement macam ni kat dia " Kalau kau kongkong Gf kau sekalipun, kalau dia nak curang, dia tetap akan curang. So, betul kau percayakan dia, biarlah dia berkawan dengan orang lain." Aku tak tahulah, dia ambik point yang aku maksud kan atau tidak. Aku sedar yang aku ni dah ada dia, but sometimes dia ni TOO JELOUS. Aku reti jaga hubungan aku dengan orang lain since aku dah ada dia. Plus, kiteorang pun belum nikah lagi, so dia belum boleh nak control atau mengarah arahkan aku punya hidup. Aku faham dia sayang aku sangat dan ingin menjaga aku, tapi mengongkong bukan jalan yang terbaik kot?

Namun begitu, aku sangat RESPECT dengan dia yang SANGAT SETIA kat aku walaupun aku dah banyak sakitkan hati dia. Tu yang aku sayang sangat kat dia dan tak ada siapa yang boleh merosakkannya. Satu hal lagi aku suka pasal dia ni ialah, dia ni MEMPUNYAI SEMANGAT SAING yang sangat kuat. Kiranya dia ni jenis tak mudah menyerah kalah! Apa yang dia inginkan, dia akan berusaha untuk mendapatakannya! Aku SUKA sangat cara dia yang macam tu. Sangat GENTLEMAN.

Mula-mula aku kenal degan dia dulu pun, dia ni jenis memang IKHLAS nak berkawan dengan aku sebab, dia dengan selambanya terus jumpa mak ayah aku untuk berkawan dengan aku. Sehingga sekarang mak aku suka kat dia dan sayang dia seperti anak kandung since dia pun dah tak ada mak lagi... Dia beruntung kerana ramai orang sukakan dia kerana RAMAHNYA. Kiranya dia ni pandai ambik hati orang tua lah... Bagus seyh! Untung aku ada BF yang matured! :)

Biasalah, dalam hubungan ada yang INDAH, ada yang SERAM, ada yang SEDIH.. tu semua aku dah rasa sepanjang beberapa tahun aku dengan dia. Aku berhajat nak NIKAH dengan dia secepat mungkin sebab aku tak mau lagi buat dosa. Islam juga menyarankan kawin cepat untuk mengelakkan maksiat kan? Hurmmm tapi aku tak ready benda2 n lagi, sebab itulah aku berhubungan jarak jauh dengan dia. Ada hikmahnya jugak. Ia mengajar erti KESABARAN, KESETIAAN dan KERINDUAN... hehehehehe

However, kiteorang ni ada minat yang berbeza, macam dia ni, sangat suka pasal motor, sama macam aku, tapi taklah seharuk dia. Angah jugak suka karaoke namun aku ni kurang sikit sebab suara aku tak sedap, macam pop pop pop... Hehehehehe.. Tapi aku rasa ada beberapa perkara yang aku suka, TERBATAS kerana dia. Aku memang sedih dan frust sebab apa yang ingin capai tak tercapai capai lagi dek kerana Angah TAK SUKA dengan minat aku tu. Aku ni macam pasrah je, tapi, start from THAT DAY, aku ada menanam hasrat untuk MENERUSKAN jugak minat aku walaupun ada pihak yang tak sokong! Aku yakin aku boleh dan benda tu akan memuaskan hati aku! Aku nak cuba!

haaa, korang nampak tak gitar kat atas ni? Aku nak sangat belajar benda ni dan aku sendiri nak mainkan lagu2 Avenged Sevenfold! This is my mission! HEhehehehehe...

HArap-harap jodoh aku dan Angah berpanjangan sehinggalah kami nikah seterusnya ke hari tua.. huhu Pergh jiwang datang semula.

cute tak gambaq kiteorang? hehehehehe
Poyo je Aku ni kan... 
SEMOGA JODOH KAMI BERPANJANGAN.. AKU sangat merindui saat saat ni... 

Baiklah, aku nak gerak dulu, there is something that I must do.... Wassalam

Sayang Angah, 
PeQaHensem.

Thursday, 20 September 2012

Wahai sang tudung labuh, tolonglah tegur dengan berhemah sikit!

Jam 21:38...

Assalamualaikum...

Saja aku bubuh gambaq yang kat sebalah tu. Hari ni aku nak bercerita pasal orang bertudung labuhyang pakai hembus saja!

Aku bukan nak kondem orang2 yang pakai tudung labuh, tapi ada lah seorang gadis bertubung ni, dia menegur orang dengan cara yang tidak enak untuk didengar. Setahu aku, orang yang bertudung labuh ni sangat menjaga kata-katanya dalm bertutur, namun yang ni lain pulak. Orang kata nila setitik rosak sesusu belanga, so, samalah dengan apa yang dia cakap tu, aku tujukan  pada diri dia sendiri!

Apa salahnya jumpa orang tu, tegur cara baik-baik, ni malukan orang depan orang ramai. Allah pun suh jaga aib orang, ni yang kau nak bukak aib orang tu kenapa? Tak fikir pulak hal tu! Nak straight foward pun agak-agak lah.

Aku respect beb kat orang2 tudung labuh! Tapi kau punca beb.. Aku dah anggap korang ni semua sama je. Aku tahu manusia tak sempurna, tapi, kau sebagai ORANG YANG SEPATUTNYA MENUNJUKKAN NILAI MURNI, janganlah spoil kan nye!

Nasib baik sang peneutralisasi ada kat sini untuk meredakan keadaan..

setakat ni je..
Dia kata "NILAI DULU DIRI KORANG SEBELUM NAK NILAI ORANG LAIN"

CHALLENGE ACCEPTED!
yang benar,
PeQaHensem

Wednesday, 19 September 2012

Mezmer-Pinkly Smooth

Today I saw my brother
Into hell, for evermore
Choice there was no other
I'm sad to say, it's not the last time
I look into your body
Fill you up with enemies
It's way over for the next life
I don't know if I alone want you

She says what about my story time
Afraid, a little side of it is under spy
Some will eventually go out and die.
I think he really wants to die.
I don't really want to die
I think he really swallowed

Raise it up to the lord, 
If I die tomorrow, try to pull on me
Come to me with nothing
Watch you bleed, forever more

Soon he runs into his time, holding on
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/p/pinkly_smooth/mezmer.html ]
Choices on my own tongue
I'm strong enough, such I can deem, of
There is so long here.
It's not enough for the last time

I look into your body, 
Fill you up with enemies, 
It's way over for the next life
I don't know if I alone want you.

Yeah

Saket has some better things to hug you by my time
I went for the study of the evil souls and I wish they replied
Well, I sat down on your stone and I talked with you for a while
And did you think that it was worth it

It's burnin' on its' head
And I won't believe this even happens here
I won't rest until you bloody
Sanest, darn this, I can't get you out of sight

You're fucking fault

Sick for ya, sign of amaze
Sick for ya, you'll be numbing for days
For the way, these mother fuckers never fail.

Sick for ya 
So, sick for ya

This song is 'ESPECIALLY' to someone....

Hurting people like a boss!


Tak Sangka Beb!


Jam 04:00

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita pasal perngai orang yang tak reti nak siasat dulu dan terus je menuduh tak tentu fasal! Aku tak faham dengan perangai orang yang sebegini. Sakit pulak hati aku ni bila membaca statement ni
ahaaaa! sekarang aku pulak nak marah niii. cimbenk betul!

 “siapa tak sakit hati, dahla nak guna benda tu urgent, ingat benda tu hilang, padahal ada kat org, minta tolong hantar cakap ingat dia kuli.

“hek kau kuli, kau tak fikir aku cari benda tu berapa lama pulak, kau senang2 cakap lupa, orang dah amanahkan kau tak buat, TAK AMANAH!

“TAK AMANAH PUNYA MANUSIA! ELOK SANGATLAH TU!

“orang pandai ada bodohnya, ni la bodoh dah sampai! "RT@IezatyRadzan : apo bangang ea ko nie..adoy.,cakap bodo kang mang kurang pandai.,"

“offline pulak kau, online lah kalau berani, setakat retweet siapa pun boleh la sia! balas ar maki hamun aku ni kalau berani!

“adalah sorang manusia yang tak amanah ni. "RT @EeNaaZhaLee :@NurAlya_ ko mara kt spe ??"
“fact gila! likeee! "RT @NOOMEKAah : When my mood is okay.someone will always spoil it.annoy pulak skrg.k la gdnite all."

“ahaaa, kau belum tengok aku marah real lagi macam mana. "RT@EeNaaZhaLee : @NurAlya_ da la doe jgn mara2. Seram la tgk ko mara. Em sba tw."

Mungkin korang tak faham situasi sebenar, tapi bagi aku yang merasainya, aku tahu perasaannya macam mana. Jujur aku salah, tapi takkan lah teruk macam tu sekali kena hentam?! Jangan menilai orang tu sebelum tahu hal yang sebenar.

Apalah yang dimarahkan sangat kat diri aku ni? Pelik betul aku dengan orang-orang yang macam I, plus, diorang ni suka membahan bila dah tak puas hati. Pikir orang lain taka da hati dan perasaan ke? Astaghfirullah, memang hari ni tahap kesabaran aku sangat tercabar! Bukan aku tak nak fight, tapi aku malas nak layan benda2 yang kecil ni, bagi aku benda simple, tapi saja nak buat panas n nak besar-besarkan.

Semua jari tu kalau boleh nak menuding kat aku dan cakap aku yang salah. Apa-apa lah. Lepas ni memang tak lah aku nak baik sangat dengan orang! Aku buat baik tak pernah nak dihargai lansung! Nampak jahat aku je!

Hati terluka,
PeQaHensem

Tuesday, 18 September 2012

Cute sangat!

jam 18:32...

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita mengenai Senior aku, 'Sang Pemalu'.. Sebenarnya dari sekolah rendah lagi iaitu, masa aku darjah satu,aku suka menyakat dia. Aku boleh men'describe' dia as 'Sang Pemalu' sebab dia sendiri mengaku yang dia pemalu dan dari penilaian aku berjumpa dengan dia pun memang sah dia ni pemalu. Kadang aku sampai tefikir, adakah dia ni seorang 'Gayboy'? Hish menagrut je, but seriously, he is so nice. Korang bolehlah cuba berkenalan dengan dia.

Dia ni kuat bekerja, but tak berani nak cari kerja selain kerja dia sekarang ni. Jarang jumpa anak muda yang berperangai macam dia ni sebab "stick to one place for too long while still young". Aku bangga gak dengan sikap dia tu, tapi dalam masa yang sama, aku terfikir bahawa dia tak teringin ke nak majukan diri dia lagi? Takkan nak kerja kat situ selama-lamanya? Yang aku rasa pelik sangat tu walaupun umur dia dah mencecah 22 tahun, dia hanya tahu bawak motorsikal je! Kereta dia tak reti bawak! oh tidakkkkkk!!! Mungkin pasal dia ni anak yang last, so perangai dia agak manja sikit kot? Sebab aku ni jenis memerhati dalam diam. huhuhu

Walaubagaimanapun, dia ada bagitahu akau bahawa dia minat band rock yang sama dengan aku iaitu Avenged Sevenfold. Tu yang aku leyh layan kepala dengan Senior aku ni. dia suh aku percaya dia ni rock macam aku dan dalam masa yang sama aku MACAM berat je nak percaya sebab suara dia lembut sangat2.. Macam suara seorang yang kuat MENGAJI. Lembutnya, syahdunya dan suka senyum! Eh! apa kaitan senyum dengan suara?! haahaha
Aku dah mula melalut!

Ok, back to memories, masa kat sekolah dulu, aku suka ejek dia ni 'Mat Durian' sebab dia punya rambut terpacak macam durian. Aku rasa mungkin sampai sekarang pun rambut dia  macam tu kot? Entahlah, aku pun tak pasti, sebab last aku terserempak dengan dia pada sehari sebelum raya haritu kat tempat kerja aku. Plus, dia pakai helmet dan aku tak nampak pun rambut dia sama ada terpacak or whatever! Yang pasti, senyuman yang sangat MENAWAN! Like sangat sangat! Kalau Angah senyum macam dia kan ke bagus! Ni asyik mencuka je muka! Susah nak tengok senyum! Susah sangat sangat sangat! Aku ingat lagi, ada satu hari tu aku baling bagi buah durian kecik yang belum masak lagi tu kat dia sebagai tanda dia mat durian.. hehehehe lawak giler time tu. Memang macam mengarutlah perangai aku masa tu! Malu jugak bila dikenangkan semula!

Baiklah, kembali kepada cerita sang Pemalu ni, tanpa aku sedari dan baru saat ni aku tahu yang dia ni ada group band dia sendiri yang bernama 'Chunks Family'!  Memang betul lah dia cakap, dia ni budak rock! Dan aku perasan dalam video tu tadi, rambut dia masih sama terpacak macam durian seperti dulu! Skema sungguh sang Pemalu ni! Tak sangka aku! Sweet sangat tengok budak-budak group diorang ni, macam awsome, but the vocalist need more practice. Senior aku ni hebat jugaklah, but dia seperti terkurung dalam sangkar Kempas Baru lagi sebab walaupun dah berumur 22 tahun, masih stuck kat dalam Kempas Baru. Forever Kempas lah senang kata. Apa tak nya, jalan paling jauh pun Kelantan. Itu pun satu tempat je, KL belum cecah lagi kot?! Masyallah.. Baru pertama kali kot aku jumpa orang macam ni? Mungkin dia memang tak biasa nak berjauhan dengan famili kot? Al maklum, sampai sekarang dia masih menetap dengan parents dia!(untunglah masih ada Ayah)...

Senior aku ni lagu satu perangai, suka mengambil berat kat aku! Maksud aku caring sangat sangat, sopan dan berbudi bahasa. Nak bercakap pun malu-malu kucing. Aku rasa dia pernah minat kat member aku sorang ni, tapi perangai dia yang malu menyebabkan dia melepas! hahahahaha Selagi dia ada kredit, kalau boleh setiap hari dia akan contact aku suh "MAKAN BANYAK-BANYAK TAU PEQA" tu lah ayat yang dia selalu hantar kat aku!

Setelah aku mengetahui bahawa dia ni sang GUITARIST DAN BASSIST, aku dah request kat dia untuk mainkan gutar untuk aku pada minggu depan. Ni semua kerja gila! Hahaha.. Biasalah, dah alang2 minat lagu Avenged Sevenfold tu, apa lagi, mintak lah satu lagu kat dia, mana tahu dia boleh mainkan gutar dengan baik ke untuk aku?! huhuhu.. Jelous Angah kalau dia dengar.... Tak ada maknanya aku nak berpaling daripada dia, aku hanya berkawan dengan senior aku yang mempunyai minat yang sama dengan aku. Problem?!

Tak sabar nak balik tengok dia play guitar or base. Untung2 aku boleh belajar main guitar sekali!! hehehehehe
I'l try my best. But mengimbau masa lalu mengingatkan aku tentang erti KESERONOKKAN semasa menjadi kanak-kanak!  Rindu sangat nak jadik budak-budak semula! Lebih disayangi, dapat banyak duit raya, DAPAT BERMANJA DENGAN AYAH DAN ATUK... hurmmmmm this thing will makes me feel sad for a while...sob sob sob.

gambaq yang kat atas ni band 'Chunks Family' dan salah seorang daripadanya ialah senior aku yang aku dok cerita dari tadi... hehehehe

k lah, dah maghrib, aku nak beransur dulu... nanti sambung lain..
Wassalam..

yang benar,
PeQaHensem



Monday, 17 September 2012

Makan coklat!

 Jam 20:32...
Assalamualaikum...
Aku dah belajar sikit macam mana nak masuk kan lagu kat dalam blog aku ni, dan lebih ekstrim aku terus nak cuba masuk kan video kat dalam blog aku yang serba simple dan belum ada pembacanya lagik.
Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kat seorang JEJAKA yang dah tolong aku ajar macam mana nak masukkan lagu kat dalam tempat ni. Thanks a lot dear! :)

Sehari dah berlalu, budak bilik aku pun dah balik, tapi baru sorang lah, yang lagik dua orang tu belum balik lagi. Mungkin masih lepak kat rumah bersama keluarga tersayang. Untunglah!! (nada memerli). Aku bersyukur sangat sebab Fiza, my dearest budak bilik ni balik cepat sebab dia lah yang tolong sediakan makanan untuk aku. Tanpa dia, aku mati kebuluq kat dalam bilik ni sorang2 sebab aku ni sangatlah malas nak kuar cari makan. Aku lebih selesa duduk bilik mengahadap lappy kesayangan aku ni dan tidur. Kadang tu, mandi pun aku malas! Teruk seyh! But it's reality of me! Tapi kerja2 lain aku buatlah seperti basuh baju, sida baju, kemas bilik. Biasalah, tengah alone ni benda2 tu yang dapat relakskan otak aku yang dah pening menghadap lappy. huhuhuhuhu.

Tadi aku dapat telefon Angah kejap je, dia pun macam endah tak endah je, mungkin dia tak sihat kot?! Who knows?! sebab jauh sangat jarak kiteorang. S0 memang tak tahu!

Baiklah, nanti aku sambung lagi, aku nak makan cokelat 'KOKOMAS', sedappppppppp!!!

yang benar,
PeQaHensem

Bosannya lah ai!

Assalamulaikum, so, korang recognize tak mamat mamat yang kat tepi ni? ni lah ahli kumpulan Avenged Sevenfold. Aku suka sangat hasil muzik diorang yang 'HEAVY' tu.. Smart dowhhh
 Actually aku tengah bosan sangat sekarang ni dan tak tahu nak buat apa! Aku layan lagu A7X je lah.. Memang smart group diorang ni, walaupun aku tak obses sangat dengan group ni macam orang lain, at least aku minat lagu2 dia yang menenangkan otak aku.. Best sangat. Untuk pengetahuan, aku ni memang layan Rock, Balada dan kadang2 Rap.. hahahahaha
 Perihal Avenged Sevenfold ni, aku realise aku ada geng yang sama meminati band ni jugak, so, kami berkongsi minat yang sama. i'm happy for that news. huhu Hari ni aku jadi orang yang tak terurus sikit sebab aku rasa bosan yang teramat! Ditambah pula dengan blur blur ayam aku ni yang masih lagi mencari cara bagaimana nak masukan lagu ke dalam blog aku ni! Aku dah naik tension dah.. Sakit pulak kepala aku dibuatnya!
 Esok dah start semula kelas, dan hampir ke hujung semester! Aku tak sabar sangat nak balik JB nak jumpa Angah, adik2 aku dan My beloved mom. Angah tu aku kena pikir sikit, kalau ada rezeki dapatlah jumpa, kalau tak, memang tak ar. Lantaklah dapat jumpa ke tidak, yang penting aku dapat jumpa famili aku! Yes! Family is the first!
 nah ni lagi satu gambar group avenged sevenfold
Walaubagaimanapun, salah seorang daripada group ni dah mati. Sang drumer yang bernama Jimmy the Rev. Apa pun tak boleh! Menurut video2 tribute dia yang aku layan, aku boleh simpulkan bahawa dia ni orangnya gila2 dan happy go lucky! Like sangat style dia yang selamber ikut suka hati dia saja! Tapi yang indah tak selalu panjang... hehehehe So group diorang ni kena lah carik teman pengganti untuk group diorang. hehehehe

Cakap pasal teman pengganti mengingatkanaku degan lagu rap ballad yang bertajuk teman pengganti yang dinyanyikan oleh Black feat. Malique... Layan beb lagu tu. Aku rasa macam nak share lak lirik lagu tu. Tengok ni

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Aha, best kan lirik lagu ni? Memang function pun...
k ar aku nak mandi lah kot, dah asar ni...
Wassalm..
yang benar,
PeQaHensem



Sunday, 16 September 2012

First!



Assalamualaikum,

Alhamdulillah aku masih lagi diberikan peluang untuk hidup di dunia Allah ini. Walaubagaimanapun, ni merupakan aku punya post yang pertama kat blog. Al-maklum, aku baru berjinak dan belajar nak guanakan benda ni untuk aku luahkan perasaan.. Aku takut tak ada masa je nak update sebab mungkin aku akan sibuk dengan aktiviti lain-lain. 
Sebenarya, banyak citer dah, tapi aku tak reti nak meng-copy paste kan benda alah tu kat blog aku ni ha... hehehehe

ok, for the first, My Name is NUR AFIQAH ALI JANAH.  Aku ni dikenali dengan panggilan PeQa or PeQaHensem or Iqa (my family called it). Secara amnya, aku ni memang pendiam kalau tak kenal orang, but once aku dah start, tak berhenti pulak. Aku ni PeMeNdAm, PeLiK dan SuKa MeNyEnDiRi.. Dah memang nature aku macam tu, so, carry on my life like that je la..

Aku rasa, dengan meluahkan kat blog ni, maybe aku akan dapat kurangkan perasaan 'FOREVER ALONE' aku ni. opps, kenal tak dengan 'MR. FOREVER ALONE'?  kalau tak kenal, nanti aku tunjuk, but seriously, even aku ada Bf, sometimes, it just don't like it be!

so, gambar kat atas ni ialah MR FOREVER ALONE yang aku cakapkan tadi. 

Mungkin post pertama aku ni tak berapa menarik, tapi aku akan cuba MENARIK kan dengan post post aku yang akan datang....
k ar sampai sini dulu.. wassalam..

yang Hensem,
PeQaHensem