Monday, 17 September 2012

Bosannya lah ai!

Assalamulaikum, so, korang recognize tak mamat mamat yang kat tepi ni? ni lah ahli kumpulan Avenged Sevenfold. Aku suka sangat hasil muzik diorang yang 'HEAVY' tu.. Smart dowhhh
 Actually aku tengah bosan sangat sekarang ni dan tak tahu nak buat apa! Aku layan lagu A7X je lah.. Memang smart group diorang ni, walaupun aku tak obses sangat dengan group ni macam orang lain, at least aku minat lagu2 dia yang menenangkan otak aku.. Best sangat. Untuk pengetahuan, aku ni memang layan Rock, Balada dan kadang2 Rap.. hahahahaha
 Perihal Avenged Sevenfold ni, aku realise aku ada geng yang sama meminati band ni jugak, so, kami berkongsi minat yang sama. i'm happy for that news. huhu Hari ni aku jadi orang yang tak terurus sikit sebab aku rasa bosan yang teramat! Ditambah pula dengan blur blur ayam aku ni yang masih lagi mencari cara bagaimana nak masukan lagu ke dalam blog aku ni! Aku dah naik tension dah.. Sakit pulak kepala aku dibuatnya!
 Esok dah start semula kelas, dan hampir ke hujung semester! Aku tak sabar sangat nak balik JB nak jumpa Angah, adik2 aku dan My beloved mom. Angah tu aku kena pikir sikit, kalau ada rezeki dapatlah jumpa, kalau tak, memang tak ar. Lantaklah dapat jumpa ke tidak, yang penting aku dapat jumpa famili aku! Yes! Family is the first!
 nah ni lagi satu gambar group avenged sevenfold
Walaubagaimanapun, salah seorang daripada group ni dah mati. Sang drumer yang bernama Jimmy the Rev. Apa pun tak boleh! Menurut video2 tribute dia yang aku layan, aku boleh simpulkan bahawa dia ni orangnya gila2 dan happy go lucky! Like sangat style dia yang selamber ikut suka hati dia saja! Tapi yang indah tak selalu panjang... hehehehe So group diorang ni kena lah carik teman pengganti untuk group diorang. hehehehe

Cakap pasal teman pengganti mengingatkanaku degan lagu rap ballad yang bertajuk teman pengganti yang dinyanyikan oleh Black feat. Malique... Layan beb lagu tu. Aku rasa macam nak share lak lirik lagu tu. Tengok ni

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Aha, best kan lirik lagu ni? Memang function pun...
k ar aku nak mandi lah kot, dah asar ni...
Wassalm..
yang benar,
PeQaHensem



No comments:

Post a Comment