Assalamualaikum..
Hari ni aku nak cerita mengenai Senior aku, 'Sang Pemalu'.. Sebenarnya dari sekolah rendah lagi iaitu, masa aku darjah satu,aku suka menyakat dia. Aku boleh men'describe' dia as 'Sang Pemalu' sebab dia sendiri mengaku yang dia pemalu dan dari penilaian aku berjumpa dengan dia pun memang sah dia ni pemalu. Kadang aku sampai tefikir, adakah dia ni seorang 'Gayboy'? Hish menagrut je, but seriously, he is so nice. Korang bolehlah cuba berkenalan dengan dia.
Dia ni kuat bekerja, but tak berani nak cari kerja selain kerja dia sekarang ni. Jarang jumpa anak muda yang berperangai macam dia ni sebab "stick to one place for too long while still young". Aku bangga gak dengan sikap dia tu, tapi dalam masa yang sama, aku terfikir bahawa dia tak teringin ke nak majukan diri dia lagi? Takkan nak kerja kat situ selama-lamanya? Yang aku rasa pelik sangat tu walaupun umur dia dah mencecah 22 tahun, dia hanya tahu bawak motorsikal je! Kereta dia tak reti bawak! oh tidakkkkkk!!! Mungkin pasal dia ni anak yang last, so perangai dia agak manja sikit kot? Sebab aku ni jenis memerhati dalam diam. huhuhu
Walaubagaimanapun, dia ada bagitahu akau bahawa dia minat band rock yang sama dengan aku iaitu Avenged Sevenfold. Tu yang aku leyh layan kepala dengan Senior aku ni. dia suh aku percaya dia ni rock macam aku dan dalam masa yang sama aku MACAM berat je nak percaya sebab suara dia lembut sangat2.. Macam suara seorang yang kuat MENGAJI. Lembutnya, syahdunya dan suka senyum! Eh! apa kaitan senyum dengan suara?! haahaha
Aku dah mula melalut!
Ok, back to memories, masa kat sekolah dulu, aku suka ejek dia ni 'Mat Durian' sebab dia punya rambut terpacak macam durian. Aku rasa mungkin sampai sekarang pun rambut dia macam tu kot? Entahlah, aku pun tak pasti, sebab last aku terserempak dengan dia pada sehari sebelum raya haritu kat tempat kerja aku. Plus, dia pakai helmet dan aku tak nampak pun rambut dia sama ada terpacak or whatever! Yang pasti, senyuman yang sangat MENAWAN! Like sangat sangat! Kalau Angah senyum macam dia kan ke bagus! Ni asyik mencuka je muka! Susah nak tengok senyum! Susah sangat sangat sangat! Aku ingat lagi, ada satu hari tu aku baling bagi buah durian kecik yang belum masak lagi tu kat dia sebagai tanda dia mat durian.. hehehehe lawak giler time tu. Memang macam mengarutlah perangai aku masa tu! Malu jugak bila dikenangkan semula!
Baiklah, kembali kepada cerita sang Pemalu ni, tanpa aku sedari dan baru saat ni aku tahu yang dia ni ada group band dia sendiri yang bernama 'Chunks Family'! Memang betul lah dia cakap, dia ni budak rock! Dan aku perasan dalam video tu tadi, rambut dia masih sama terpacak macam durian seperti dulu! Skema sungguh sang Pemalu ni! Tak sangka aku! Sweet sangat tengok budak-budak group diorang ni, macam awsome, but the vocalist need more practice. Senior aku ni hebat jugaklah, but dia seperti terkurung dalam sangkar Kempas Baru lagi sebab walaupun dah berumur 22 tahun, masih stuck kat dalam Kempas Baru. Forever Kempas lah senang kata. Apa tak nya, jalan paling jauh pun Kelantan. Itu pun satu tempat je, KL belum cecah lagi kot?! Masyallah.. Baru pertama kali kot aku jumpa orang macam ni? Mungkin dia memang tak biasa nak berjauhan dengan famili kot? Al maklum, sampai sekarang dia masih menetap dengan parents dia!(untunglah masih ada Ayah)...
Senior aku ni lagu satu perangai, suka mengambil berat kat aku! Maksud aku caring sangat sangat, sopan dan berbudi bahasa. Nak bercakap pun malu-malu kucing. Aku rasa dia pernah minat kat member aku sorang ni, tapi perangai dia yang malu menyebabkan dia melepas! hahahahaha Selagi dia ada kredit, kalau boleh setiap hari dia akan contact aku suh "MAKAN BANYAK-BANYAK TAU PEQA" tu lah ayat yang dia selalu hantar kat aku!
Setelah aku mengetahui bahawa dia ni sang GUITARIST DAN BASSIST, aku dah request kat dia untuk mainkan gutar untuk aku pada minggu depan. Ni semua kerja gila! Hahaha.. Biasalah, dah alang2 minat lagu Avenged Sevenfold tu, apa lagi, mintak lah satu lagu kat dia, mana tahu dia boleh mainkan gutar dengan baik ke untuk aku?! huhuhu.. Jelous Angah kalau dia dengar.... Tak ada maknanya aku nak berpaling daripada dia, aku hanya berkawan dengan senior aku yang mempunyai minat yang sama dengan aku. Problem?!
Tak sabar nak balik tengok dia play guitar or base. Untung2 aku boleh belajar main guitar sekali!! hehehehehe
I'l try my best. But mengimbau masa lalu mengingatkan aku tentang erti KESERONOKKAN semasa menjadi kanak-kanak! Rindu sangat nak jadik budak-budak semula! Lebih disayangi, dapat banyak duit raya, DAPAT BERMANJA DENGAN AYAH DAN ATUK... hurmmmmm this thing will makes me feel sad for a while...sob sob sob.
gambaq yang kat atas ni band 'Chunks Family' dan salah seorang daripadanya ialah senior aku yang aku dok cerita dari tadi... hehehehe
k lah, dah maghrib, aku nak beransur dulu... nanti sambung lain..
Wassalam..
yang benar,
PeQaHensem
No comments:
Post a Comment