Saturday, 27 October 2012

Apa apa saja...

Jam 16:33, 27 Oktober 2012, Sabtu

Assalamualaikum...

Sesungguhnya memang bosan giler pada hari ni dan beberapa hari lepas aku pulang dari Sarawak bersama dengan famili aku. Apa taknya, aku nak kuar pun terbantut dek kerana duit aku belum masuk masuk lagi sampai la ni... Sedih dan rasa macam panas hati pun ada jugak sebab sepatutnya kiteorang semua dah dapat duit tu sebelum kiteorang cuti lagi! memang sejuk je ati aku ni!

Walaubagaimanapun, semalam Angah telah manyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20 dan pada tarikh itu jugak merupakan hari raya Aidiladha. Baru aku rasa tahun ni raya korban yang paling tak seronok kerana nenek tak ada kat rumah, emak pun tak ada dan kami hanya makan megi. Pergh sedih...

Semalam jugak aku tak celebrate pun birthday angah sebab dia pun sibuk bekerja lah nak dikatakan. Dalam otak dia sekarang ni duit je! Itulah yang dia dok sebut bila tepon ngan aku. Aku pun dah malas nak ambik port! Semalam aku kuar ngan member lama aku, iaitu Azwannazmi. Dia ni dak sarawak.. Kepala giler dan boleh layan kepala giler aku jugak! hahahahaha memang klaka...

Apa-apa pun aku malas nak ulas lebih2 pasal mamat ni, yang penting aku enjoy jugak day aku mencari video tape dengan dia walaupun kejap je, hahahah Member girl aku semua busy, bosan lah weyh duk umah terperap je, nak kuar pun takkan sorang2 pulak, dah macam orang tak betul lak aku rasa. Aku teringin nak karok ni, tapi tak ada geng... hurmmmm

Korang rasa apa yang patut aku buat ek? Nak keje, budak kechik ni ada, susah lah weyh... hurmmmmm

nah ni lagu layan kan perasaan aku ni sikit... banyak maksud tersirat....
selamat mendengar.. :)
k ar gerak dulu, daaaaa

yang benar,
PeQaHensem.

Wednesday, 17 October 2012

Hati...

Jam 17:33, 17 Oktober 2012, Rabu..

Assalamualaikum...

Aku nak share pasal HATI.  Hati ialah salah satu organ yang ada kat dalam badan kita. Namun, jika seseorang itu sakit hati, kita sukar untuk melihatnya kerana hati berada dalam tubuh badan kita yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Maksud aku kena pakai mesin yang spesial untuk tengok hati yang duk kat dalam badan kita ni.

Ceritanya ialah, dari malam tadi aku rasa macam ada sesuatu terjadi  kat hati aku.  Aku macam rasa hati belah kiri aku hilang dan sedikit sakit. Aku tak tahu pulak kenapa, pastu dah rasa yang sedemikian, tiba-tiba aku mengalirkan air mata. Bertambahlah aku pelik dan aku pun tak tahu apa puncanya. Sampai sekarang aku rasa sedemikian.

Walaubagaimanapun, aku telah contact 'orang yang dah ambil sebelah hati' aku ni untuk bertanyakan keadaannya. Adakah dia ok? Adakah dia mempunyai sesuatu untuk diperkatakan? Ada sesuatu yang buat dia sakit ke? Maka, aku sedang menanti jawapannya kerana dia berkata untuk cerita kemudian dan aku pun tidak pasti bila. Hurmmm..

Agak seksa rupanya berkongsi hati dengan orang ni kan? Tapi aku layankan aje.

Baiklah, aku tinggal lagi satu paper sebelum aku berambus dari tempat ni. Tapi, aku belum baca apa-apa lagi untuk final ni, dan itu agak merisaukan! hahahahaha Aku harap aku dapat buat yang terbaik esok!!

Cukuplah di sini dulu mengenai hati.. Nanti share benda lain pulak...

yang berkongsi hati,
PeQaHensem.

Friday, 12 October 2012

Sometimes ago....

Jam 16:07, 12 Oktober 2012, Jumaat...

Assalamualaikum...




girl girl girl....

yang benar, 
PeQaHensem.

Dia jawab panggilan aku...

Jam 15:19, 12 Oktober 2012, Jumaat...

Assalamualaikum...
P*** merupakan BIRTHDAY PERSON yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20 pada hari ini. Sesungguhnya aku sangat rindu kat dia.

Untuk pengetahuan korang semua, dia merupakan sweet honest but stubborn person. Entah apa yang difikirkan untuk hidup dia, aku pun tak pasti, once dia dah kata TAK NAK PERCAYA KAT SEMUA ORANG, dan aku terpaksalah low profile dan humble memintak maaf dengan dia atas kesilapan aku yang lalu yang membuatkan dia benci kat semua orang kecuali orang-orang tertentu 'YANG ISTIMEWA' dalam hidup dia kini.

Tadi aku telah berjaya contact dia setelah sekian dia tak contact aku dan aku pun tak contact dia. Bukan taknak contact, tapi aku perlukan masa untuk memaafkan diri aku ni dulu. Aku rasa macam aku lah punca segal-galanya. Aku lah punca dia jumpa cinta dia di sini. Hurmm entahlah...

Apa-apa pun, aku sangat bersyukur sebab hari ni aku dah clear tentang satu perkara mengenai pertelingkahan kami yang dulu. Aku dengar dan beri dia peluang untuk meluahkan segalanya dan berkongsi dengan aku. Namun saynag sekali, perangai dia masih tak berubah. Semuanya tentang dia tentang aku ni? Aku agak upset sikit, tapi at least terubat jugak rindu kat kawan aku yang sorang ni.

Serius memang aku mimpi dia semalam. Aku bermimpi dia dan aku gi jalan-jalan di tepi pantai. hahahaha lawak seyh.

Aku rasa dia dah kemaruk sangat dengan 'yang teristimewa' tu sampai cakap mak ayah, kengkawan dia pun dia dah tak ambil kisah. Tambahan pula dia ada sebut kat aku bahawa dia taknak ikut cakap mak ayah dia kalau mak ayah dia suh dia putus dengan 'yang teristimewa' tu. Bukan apa, bagi aku kalau ada jodoh dia dengan 'yang teristimewa' tu tak ke mana, sebabnya mak kepada 'yang teristimewa' tu ada contact mak si dia ni suh 'yang teristimewa' habis belajar dulu baru kawin. Maka, mak si dia ni ada bagik mesej kat mak 'yang teristimewa' supaya jangan hubungi si dia. Memanglah angin, tapi, dari pandangan aku, ada baiknya. Sebab diorang pun dapat jauhkan diri dari perkara-perkara tak elok.

Perkara kelakar dalam hal ni ialah dia punya situasi sekarang ni dah lama tak jumpa dengan 'yang teristimewa', begitu jugak dengan aku dengan Angah! Perghh macam dah berjanji je. Tapi aku punya jalan cerita lain, tension sorang2. Dia ni suka memberontak tak tentu pasal. Niat mak si dia dah elok dah untuk cepat-cepatkan kawin, tapi mak 'yang teristimewa' tu macam tak pikir sikit mungkin pasal anak dia tengah belajar kan?! hurmmm

Bukan apa, kita tak mau lah dengar benda-benda tak elok sebab zaman sekarang ni zaman fitnah yang sesungguhnya penuh pancaroba. Ha ambik kau sekali bahasa!

Apa-apa pun aku mendoakan yang terbaik untuk DIRI AKU dan DIRI DIA bersama 'YANG TERISTIMEWA' dia tu. Aku yakin, suatu hari nanti, dia akan nampak segalanya. Dia akan tersedar dan matang dalam kehidupan dia.

Aku CUMA NAK DIA TAHU, YANG AKU NI SAYANG KAT DIA walaupun dia dah buat macam-macam kat aku suatu ketika dulu, kini, dan bila-bila pun.

p/s : ni kawan aku yang aku rindu, saja je letak gambar dia, cun tak?


yang sedih,
PeQaHensem.


Monday, 8 October 2012

Astaghfirullahal'azim...

Jam 21:17, 08 Oktober 2012, Isnin...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share pasal pergaulan dalam hidup seharian kita. Mungkin ramai dah yang tahu mengenai hal ini, tapi aku ni baru tahu pasal benda ni dan aku tahu pun daripada 'STRANGERS' yang aku hanya pernah jumpa beliau sekali sahaja atas urusan jual beli. Thats all.

Aku tak menyangka bahawa benda ini mungkin akan merubah segalanya dalam hidup aku atau korang-korang semua yang berada di luar sana. Mari kita lihat video ni dulu....


Selepas aku tengok video-video di atas, aku baru tersedar akan jauhnya aku dari 'AGAMA ISLAM' sebab aku jahil tentang hal ini. Aku share pasal aku rasa aku perlu. Benda ni pun dah tertera kat dalam ISLAM. Aku memang tersedar dengan video ni dan mungkin akan buat langkah drastik yang mungkin akan 'MENYAKITKAN' sesetangah pihak (mungkin)..

Dalam hal ni, aku rasa berdosa sangat pasai aku dah buat banyak sangat DOSA dan au tak tahu lah seciput mana amalan aku untuk cover semua dosa-dosa aku tu. Aku risau je orang salah erti niat aku yang ingin berubah ke JALAN ALLAH ni...

Aku cuba merubah dalam perlahan-lahan kerana aku MASIH TIDAK KUAT untuk berubah dalam keadaan yang drastik. Seperti yang semua sedia maklum, kita semua terdedah dan sudah pun dipengaruhi dan belajar dari KARTUN, NOVEL, MAJALAH, INTERNET DAN MOVIE YANG BERSIFAT DUNIAWI yang sememANGNYA BERTENTANGAN dengan ISLAM itu.

Ya, mungkin sekarang sukar untuk diadaptasikan dalam kehidupan seharian kita, tapi aku pinjam sat ayat makhluk Allah yang sorang ni " sama-samalah kita kenal TUJUAN HIDUP bukan GAYA HIDUP."

Aku harap tekad aku ni akan berkekalan dan Allah sentiasa berada di samping aku untuk aku merubah diri aku menjadik HambaNYA yang lebih bertaqwa. \
Aku mintak maaf kepada semua yang membaca post aku kali ni jika selama ni aku alfa dalam kehidupan seharian aku.. Insyallah sama-sama kita berubah ya?



yang ingin berubah,
PeQaHensem.

Saturday, 6 October 2012

Semakin hari...Semakin...

jam 12:52, 07 Oktober 2012, Ahad...

Assalamualaikum..

ok this is how its work! Tadi pagi (yang tak berapa nak pagi sangat) aku ada orang cakap2 pasal aku yang sememangnya aku tak pernah nak kisah pun. So, malam tadi aku ada talk dengan sepupu aku yang seorang ni pasal masalah aku yang membuatkan aku moody sejak dua menjak ni. Kadang tu aku macam orang 'BLURRRR' sangat! Aku pun tak tahu kenapa. kadang aku rasa macam orang BODOH dan DUNGU!

Walaubagaimanapun, mulai hari ni aku nak buat sedikit perubahan dalam hidup aku yang mungkin akan menyakitkan beberapa pihak, namun untuk kebaikan aku agar aku 'TAK SAKIT' lagi teruk di kemudian hari memandangkan dia pun sudah acuh tak acuh dan endah tak endah mengenai diri aku ni. So stay 'SILENT' is the best way! Aku yakin benda tu je lah cara terbaiknya!! :)

Aku ada terfikir jugak nak stay kat tempat lain sementara cuti semester ni. Kalau boleh sebulan cuti ni aku nak elakkan diri aku daripada berjumpa dengan dia dan famili dan segala yang berkaitan dengan dia! Aku nak DIA yang carik aku dan bukan aku seoarng saja yang terhegeh-hegeh dan hanya nak ikut kata dia saja!

Kali ni aku nak cuba buat apa yang aku nak dan aku harap ia berjaya! Aku harap aku lebih kuat lepas ni! TAK NAK LEMBIK-LEMBIK DAN KALAH saja! Aku nak menang kali ni. Aku dah bertekad.

Revenge is so sweet!  Setiap orang ada hari dia! SENYUMAN SERIBU MAKNA AKU BERIKAN!

Maaflah post kali ni agak bosan dan entah apa-apa, tapi ni memang aku nak taip. Kalau dia baca untunglah, kalau tak, biaq pi lah...

yang ingin MENJAUH,
PeQaHensem.