Friday, 12 October 2012

Dia jawab panggilan aku...

Jam 15:19, 12 Oktober 2012, Jumaat...

Assalamualaikum...
P*** merupakan BIRTHDAY PERSON yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20 pada hari ini. Sesungguhnya aku sangat rindu kat dia.

Untuk pengetahuan korang semua, dia merupakan sweet honest but stubborn person. Entah apa yang difikirkan untuk hidup dia, aku pun tak pasti, once dia dah kata TAK NAK PERCAYA KAT SEMUA ORANG, dan aku terpaksalah low profile dan humble memintak maaf dengan dia atas kesilapan aku yang lalu yang membuatkan dia benci kat semua orang kecuali orang-orang tertentu 'YANG ISTIMEWA' dalam hidup dia kini.

Tadi aku telah berjaya contact dia setelah sekian dia tak contact aku dan aku pun tak contact dia. Bukan taknak contact, tapi aku perlukan masa untuk memaafkan diri aku ni dulu. Aku rasa macam aku lah punca segal-galanya. Aku lah punca dia jumpa cinta dia di sini. Hurmm entahlah...

Apa-apa pun, aku sangat bersyukur sebab hari ni aku dah clear tentang satu perkara mengenai pertelingkahan kami yang dulu. Aku dengar dan beri dia peluang untuk meluahkan segalanya dan berkongsi dengan aku. Namun saynag sekali, perangai dia masih tak berubah. Semuanya tentang dia tentang aku ni? Aku agak upset sikit, tapi at least terubat jugak rindu kat kawan aku yang sorang ni.

Serius memang aku mimpi dia semalam. Aku bermimpi dia dan aku gi jalan-jalan di tepi pantai. hahahaha lawak seyh.

Aku rasa dia dah kemaruk sangat dengan 'yang teristimewa' tu sampai cakap mak ayah, kengkawan dia pun dia dah tak ambil kisah. Tambahan pula dia ada sebut kat aku bahawa dia taknak ikut cakap mak ayah dia kalau mak ayah dia suh dia putus dengan 'yang teristimewa' tu. Bukan apa, bagi aku kalau ada jodoh dia dengan 'yang teristimewa' tu tak ke mana, sebabnya mak kepada 'yang teristimewa' tu ada contact mak si dia ni suh 'yang teristimewa' habis belajar dulu baru kawin. Maka, mak si dia ni ada bagik mesej kat mak 'yang teristimewa' supaya jangan hubungi si dia. Memanglah angin, tapi, dari pandangan aku, ada baiknya. Sebab diorang pun dapat jauhkan diri dari perkara-perkara tak elok.

Perkara kelakar dalam hal ni ialah dia punya situasi sekarang ni dah lama tak jumpa dengan 'yang teristimewa', begitu jugak dengan aku dengan Angah! Perghh macam dah berjanji je. Tapi aku punya jalan cerita lain, tension sorang2. Dia ni suka memberontak tak tentu pasal. Niat mak si dia dah elok dah untuk cepat-cepatkan kawin, tapi mak 'yang teristimewa' tu macam tak pikir sikit mungkin pasal anak dia tengah belajar kan?! hurmmm

Bukan apa, kita tak mau lah dengar benda-benda tak elok sebab zaman sekarang ni zaman fitnah yang sesungguhnya penuh pancaroba. Ha ambik kau sekali bahasa!

Apa-apa pun aku mendoakan yang terbaik untuk DIRI AKU dan DIRI DIA bersama 'YANG TERISTIMEWA' dia tu. Aku yakin, suatu hari nanti, dia akan nampak segalanya. Dia akan tersedar dan matang dalam kehidupan dia.

Aku CUMA NAK DIA TAHU, YANG AKU NI SAYANG KAT DIA walaupun dia dah buat macam-macam kat aku suatu ketika dulu, kini, dan bila-bila pun.

p/s : ni kawan aku yang aku rindu, saja je letak gambar dia, cun tak?


yang sedih,
PeQaHensem.


No comments:

Post a Comment