Monday, 8 October 2012

Astaghfirullahal'azim...

Jam 21:17, 08 Oktober 2012, Isnin...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share pasal pergaulan dalam hidup seharian kita. Mungkin ramai dah yang tahu mengenai hal ini, tapi aku ni baru tahu pasal benda ni dan aku tahu pun daripada 'STRANGERS' yang aku hanya pernah jumpa beliau sekali sahaja atas urusan jual beli. Thats all.

Aku tak menyangka bahawa benda ini mungkin akan merubah segalanya dalam hidup aku atau korang-korang semua yang berada di luar sana. Mari kita lihat video ni dulu....


Selepas aku tengok video-video di atas, aku baru tersedar akan jauhnya aku dari 'AGAMA ISLAM' sebab aku jahil tentang hal ini. Aku share pasal aku rasa aku perlu. Benda ni pun dah tertera kat dalam ISLAM. Aku memang tersedar dengan video ni dan mungkin akan buat langkah drastik yang mungkin akan 'MENYAKITKAN' sesetangah pihak (mungkin)..

Dalam hal ni, aku rasa berdosa sangat pasai aku dah buat banyak sangat DOSA dan au tak tahu lah seciput mana amalan aku untuk cover semua dosa-dosa aku tu. Aku risau je orang salah erti niat aku yang ingin berubah ke JALAN ALLAH ni...

Aku cuba merubah dalam perlahan-lahan kerana aku MASIH TIDAK KUAT untuk berubah dalam keadaan yang drastik. Seperti yang semua sedia maklum, kita semua terdedah dan sudah pun dipengaruhi dan belajar dari KARTUN, NOVEL, MAJALAH, INTERNET DAN MOVIE YANG BERSIFAT DUNIAWI yang sememANGNYA BERTENTANGAN dengan ISLAM itu.

Ya, mungkin sekarang sukar untuk diadaptasikan dalam kehidupan seharian kita, tapi aku pinjam sat ayat makhluk Allah yang sorang ni " sama-samalah kita kenal TUJUAN HIDUP bukan GAYA HIDUP."

Aku harap tekad aku ni akan berkekalan dan Allah sentiasa berada di samping aku untuk aku merubah diri aku menjadik HambaNYA yang lebih bertaqwa. \
Aku mintak maaf kepada semua yang membaca post aku kali ni jika selama ni aku alfa dalam kehidupan seharian aku.. Insyallah sama-sama kita berubah ya?



yang ingin berubah,
PeQaHensem.

No comments:

Post a Comment