Jam 11:02.. 22 September 2012, Ahad..
Assalamualaikum...
Kenapalah blog ini harus dihiasi dengan cerita cerita agak mengecewakan aku ek? Aku ingin sekali cerita benda benda indah, namun, dikala sedih aku rasa menaip cerita cerita begini dapat melepaskan sedikit yang menjadi kekusutan di hati aku kot? hahahahahaha
Pergh jiwangnya aku ni?! Apahal bro? Ada masalah ke? So hari ni aku nak cerita pasal aku dan dia (Angah). Sejak aku mencoretkan kisah kisah ku, belum pernah lagi aku bercerita pasal CINTA HATI aku yang HANYA SEORANG SAHAJA ni...

well, this is him (Angah) that I always talk about.. Dia ni BAIK, PENYAYANG, KUAT CEMBURU dan KUAT ANGIN. Namun, bila dia dengan aku, dia tak reti sangat nak mengangin walaupun aku buat salah teruk2 kat dia! Aku Sayang sangat kat dia walaupun kadang2 dia ingat aku ni ada yang lain, ataupun aku ni curang atau sewaktu dengannya. Aku pernah bagi statement macam ni kat dia " Kalau kau kongkong Gf kau sekalipun, kalau dia nak curang, dia tetap akan curang. So, betul kau percayakan dia, biarlah dia berkawan dengan orang lain." Aku tak tahulah, dia ambik point yang aku maksud kan atau tidak. Aku sedar yang aku ni dah ada dia, but sometimes dia ni TOO JELOUS. Aku reti jaga hubungan aku dengan orang lain since aku dah ada dia. Plus, kiteorang pun belum nikah lagi, so dia belum boleh nak control atau mengarah arahkan aku punya hidup. Aku faham dia sayang aku sangat dan ingin menjaga aku, tapi mengongkong bukan jalan yang terbaik kot?
Namun begitu, aku sangat RESPECT dengan dia yang SANGAT SETIA kat aku walaupun aku dah banyak sakitkan hati dia. Tu yang aku sayang sangat kat dia dan tak ada siapa yang boleh merosakkannya. Satu hal lagi aku suka pasal dia ni ialah, dia ni MEMPUNYAI SEMANGAT SAING yang sangat kuat. Kiranya dia ni jenis tak mudah menyerah kalah! Apa yang dia inginkan, dia akan berusaha untuk mendapatakannya! Aku SUKA sangat cara dia yang macam tu. Sangat GENTLEMAN.
Mula-mula aku kenal degan dia dulu pun, dia ni jenis memang IKHLAS nak berkawan dengan aku sebab, dia dengan selambanya terus jumpa mak ayah aku untuk berkawan dengan aku. Sehingga sekarang mak aku suka kat dia dan sayang dia seperti anak kandung since dia pun dah tak ada mak lagi... Dia beruntung kerana ramai orang sukakan dia kerana RAMAHNYA. Kiranya dia ni pandai ambik hati orang tua lah... Bagus seyh! Untung aku ada BF yang matured! :)
Biasalah, dalam hubungan ada yang INDAH, ada yang SERAM, ada yang SEDIH.. tu semua aku dah rasa sepanjang beberapa tahun aku dengan dia. Aku berhajat nak NIKAH dengan dia secepat mungkin sebab aku tak mau lagi buat dosa. Islam juga menyarankan kawin cepat untuk mengelakkan maksiat kan? Hurmmm tapi aku tak ready benda2 n lagi, sebab itulah aku berhubungan jarak jauh dengan dia. Ada hikmahnya jugak. Ia mengajar erti KESABARAN, KESETIAAN dan KERINDUAN... hehehehehe
However, kiteorang ni ada minat yang berbeza, macam dia ni, sangat suka pasal motor, sama macam aku, tapi taklah seharuk dia. Angah jugak suka karaoke namun aku ni kurang sikit sebab suara aku tak sedap, macam pop pop pop... Hehehehehe.. Tapi aku rasa ada beberapa perkara yang aku suka, TERBATAS kerana dia. Aku memang sedih dan frust sebab apa yang ingin capai tak tercapai capai lagi dek kerana Angah TAK SUKA dengan minat aku tu. Aku ni macam pasrah je, tapi, start from THAT DAY, aku ada menanam hasrat untuk MENERUSKAN jugak minat aku walaupun ada pihak yang tak sokong! Aku yakin aku boleh dan benda tu akan memuaskan hati aku! Aku nak cuba!
haaa, korang nampak tak gitar kat atas ni? Aku nak sangat belajar benda ni dan aku sendiri nak mainkan lagu2 Avenged Sevenfold! This is my mission! HEhehehehehe...
HArap-harap jodoh aku dan Angah berpanjangan sehinggalah kami nikah seterusnya ke hari tua.. huhu Pergh jiwang datang semula.
cute tak gambaq kiteorang? hehehehehe
Poyo je Aku ni kan...
SEMOGA JODOH KAMI BERPANJANGAN.. AKU sangat merindui saat saat ni...
Baiklah, aku nak gerak dulu, there is something that I must do.... Wassalam
Sayang Angah,
PeQaHensem.